Rabu, 20 Ogos 2008

serba sedikit tentang karya

Setelah sekian lama menyepi
Beberapa hari yang lalu, ana berjanji untuk menulis sedikit perkembangan menulis ana pada kawan2 sekursus dulu.ana mulakan dengan karya pertama ana yang membawa ana melangkah masuk MINGGU PENULIS REMAJA 07.karya pertama ana juga merupakan karya sulung ana yang dihasilkan di sem 2.ceritanya begini..ketika ana di dalam kelas BBI, ana terfikir kan satu cerita yg ana rasa sesuai untuk dikaryakan…dan ana mengambil sebatang pen dan secebis kertas hasil koyakan dari buku nota latihan.dan ana mulakan menulis sambil ditemani suara pensyarah menyampaikan ilmu.
Dan pulang sahaja ana dari kuliah, kira2 pukul 6. ana terus buka PC ana, usai mandi dan solat barulah ana mula menulis hinggalah magrib. usai solat mgrib n sedikit tadarus, ana kembali menyambungnya.dan hasilnya sebuah karya ana siapkan tanpa henti yg panjang.
Esoknya ana meminta pandangan sahabat ana yang merupakan seorang penulis senior (zulfazlan jumrah) untuk memberi komen dan seterusnya menghantarnya ke majalah DARA.COM.dan 2 bulan selepas itu, keluarlah karya pertama ana bertajuk ‘KETENTUAN ILAHI’. Jun 07
Selepas itu ana teruskan menulis beberapa cerpen lagi. Ketika ana ke MPR, karya ana telah dibedah dgn DASYATnya oleh kak nisah haji harun dan kak raihani.dan karya2 itu ana biarkan ia bersemadi di PC ana tanpa ana usik dan baiki.
Seterusnya karya kedua ana yang telah tersiar merupakan karya yang agak fantasi. Yang telah terbit pada mei 08.karya kedua ini ana hasilkan setelah membaca karya faisal tehrani dri sebuah majalah yang dipinjamkan rakan.maka terhasillah cerpen ‘KILAU PUTIH HADHARI’ yang memakan masa hampir sebulan untuk disiapkan.
Dan kini,ana sedang menunggu karya seterusnya disiarkan.InsyaAllah, tulah harapan ana. Kepada rakan2 yg sedang bertungkus-lumus menghasilkan karya. Selamat berjuang dan selamat berjaya. Bersama kita berkarya demi sastera.

3 ulasan:

Aidil Khalid berkata...

Isy, isy, isy, ada ke patut dia menulis waktu pensyarah sedang mengajar di depan! Hehe.

LuKlUaH nUr JaMiLaH berkata...

Apa salahnya? Kan cikgu.. Sebab idea kan akan datang sekali je.. bila dah hilang, susah nak kembali semula..

qdetactive berkata...

lepas ni kalau tengah kuliah hang dok tulih-tulih tu maknanya hang tengah dok buat karya la tu. hahaha...