Rabu, 29 Oktober 2008

SMKUJ merentas UPM

Salamun alaik
Bertemu kembali dalam sembang guru..
Tanggal 22hb Okb 2008, sebanyak 3 kelas tingkatan 3 SMKUJ telah datang merentas UPM bagi memeriahkan pesta konvo UPM yang sedang berlangsung ketika itu.seorang bekas guru SMKUJ (cikgu ganti je pun) yang ketika itu sedang berjuang menghadapi final exam kelihatan agak gelisah menjawab exam nya kerana dikhuatiri tidak berkesemapatan berjumpa anak-anak muridnya..

Adui, lenguh la susun ayat gini.
Berbalik pada kisah tadi..cikgu ni dah la kecik, ditemani oleh kawannya yang juga agak kecik pusing2 keliling upm mencari anak2 muridnya yang ntah pape memberi maklumat.kejap kat ITMA, kejap kat LIBRARy….adui..cikgu tu pun naik pusing gak..
Haaaaaaa, bila jupe ja, riuh macm kat pasar mlm, almaklumlah cikgu ni tak mcm cikgu, mcm anak2 murid gak, heheh..sampaikan cikgu pengiring pun tak tahan tgk cikgu tu, mcm dak2…alahai, cikgu rashidah cikgu rashidah
Peristiwa yang agak menarik?haaaaaaa..ada..ada..gini cetaknya, cikgu tu hantar la anak2 murid ni pi kat tempat tgu bas.yang kelakarnya..seorg pelajar ni memng agak nakal dan kelakar..nakal tu bukan nakal teruk la, suka uat lawak la sket..ada ka dia pi duk jalan lambat2 atas jalan yg bnyak keta tu,plak tu jalan mcm org OKU yang cacat kaki sebelahnya…cikgu2 yang kat belakang duk gelak dah,…..ana lagi la, dah pecah perut dgn perangai dia…adui……macm2 la hafizudin ni…
Tu lah saat yang menggembirakan ana, dgn kelaku anak2 murid yang menghiburkan..seronok jadi cikgu ni…tak caya tukar la cos.heheheh

Rabu, 22 Oktober 2008

DOAKU UNTUKNYA

doaku untuk insan yang bergelar habibi

"Ya, Allah, Maha suci..Maha Kuasa ke atas sesuatu. Sesungguhnya apa yang berlaku semuanya di dalam pengetahuan dan perancangan Mu. Dan aku menyakini dan sangat percaya apa yg kulalui ini adalah apa yg Engkau rancangkan. Duhai Tuhan, andai ini yang terbaik untukku, andai dengan ujian yang kuterima ini sebagai bayaran untuk mendapatkan hidayah dan kasih sayangMu..kupohon kekuatan dan ketabahan dariMu agar ia menjadi teman disepanjang perjalanan ini...agar aku bisa bahagia agar aku tiada lagi mengharapkan yang lain selain kasih dan cintaMu. Ku amat mengerti tingginya nilai cintaMu merentasi dunia dan seisinya."

" Kemukakanlah kepadaku seorang lelaki ahli zuhud yg tidak akan membebaniku dengan urusan dunia walau sedikit pun. Aku tidak yakin engkau akan mencarinya. Demi Allah, tidak sedikitpun ada hasrat di dalam hatiku untuk menyembah dunia dan mereguk kenikmatan dengan laki-laki di dunia. Kalau memang engkau mendapatkan seorang laki-laki yg pandai menangis dan membuatku menangis, suka berpuasa dan menyuruhku berpuasa serta bersedekah, maka barulah aku boleh menikmatinya, kalau tidak, lebih baik kuucapkan selamat sejahtera kepada semua laki-laki"

khas untuk Adamku...

Jumaat, 17 Oktober 2008

perjuangan belum berakhir


Cinta kerana Allah

3 perkara

sesiapa yang memiliki dalam dirinya maka dia akan merasa kemanisan iman

1.bahawasanya Allah & RasulNya lebih dicintai berbanding selain kedua-duanya

2. bahawasanya dia mencintai sseseorang, tidaklah dia mencintai orang itu melainkan kerana Allah

3. bahawasanya dia membenci seandainya dai kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya, sebagai mana dia membenci untuk dilemparkan ke dalam neraka.


Ahad, 12 Oktober 2008




cinta Rabiatul adawiyah yang teragung