Ahad, 22 Februari 2009

BERI AKU MASA

Kuliah ari ni benar2 membuatkan aku sesak nafas, kata2 dr.roslan benar2 menusuk jantungku…menganggu emosiku…tanpa secalit senyuman aku lembarkan dengan cerita2 mnarik nya….hati aku beku….

Aku malu…itulah yang aku fikirkan sejak semlm, malu pada Allah, malu pada mak, pada ayah, pada adik, kakak, abg, sepupu2, kpda Ustazah…kepada rakan2..hajar, aisah, fadzli…..semuanya..aku tersangat malu…tidak tahu bagaimana dapat kugambarkan malu ini…dugaan yang Kau berikan terlalu besar buatku Ya Allah….

Tido lah, tolong lah tido lah…..

Ya Allah, dulu Kau pernah hilngkan matahari yang indah dariku dengan sekelip mata, hingga aku buta seketika, namun, Kau beri aku pelangi yang cantik, yang menceriakan hidupku dengan warna2nya yang cantik..kini, Kau hampir menarik pelangi itu dari ku…Kau hampir tarik ia dariku….Ya Allah, jangan Kau tarik pelangi yang cantik itu dariku Ya Allah…kerana pelangi itu keceriaanku..aku mahu hidup disinari pelangi itu…Ya Allah, aku tidak mahu mencari pelangi yang baru di puncak bukit,,cukuplah pelangi yang hampir Kau tarik ini…Ya Allah, jgn Kau tarik pelangi itu Ya Allah..aku ingin hidup di bawah sinarnya itu…..

Apa ptut aku ckp?

Aku tidak reti ingin berbicara…kelu dan sayu….yang mampu aku ckp, hanyalah dengan air mata…..ya, air mata…..

Ya Allah

Aku malu padaMu Ya Allah, aku tahu Kau tidak akan menguji aku jika aku tidak mampu untuk mengharunginya.Oleh itu Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk ujianMu ini, berilah aku ketenangan, berilah aku kesabaran.agar aku mampu mengharungi ujian Mu ini……

Mak ayah

Adik malu pada mak ayah, malu untuk pulang mengadap mak ayah, malu untuk menempuh hari mendatang. Mak ayah, kesungguhan adik dianiya….keikhlasan adik dinoda…

Adik beradik

Aku malu pada empa semua..malu sgt.tak tahu bagaimana nak tunjuk muka. Malu dengan kesungguhanku, malu dengan kata-kataku.jangan bertanya apa yang berlaku, jangan bertanya apa sudah berlaku. Kerna aku blom bersedia untuk bercerita. Jgn harap segala kata2 ku ini terlaksana, kerana aku sendiri sudah tidak mampu, sudah mati hati. Beri aku semngt, beri aku sokongan

Saudara mara

Malu pada semua……malu untuk bertemu, malu untuk mengadap, malu untuk menjawab. Biarlah aku dgn rahsiaku, jgn bertanya apa2 padaku, kerna aku terlalu malu untuk bercerita

Rakan2

Jgn bertanya.dan jgn bertanya dan jgn bertya..

Biarkan aku skejap dgn dunia baruku.beri aku keceriaan semula, beri aku kekuatan semula….dampingi aku.jgn biarkan aku keseorg..kerana aku blom sedia untuk hidup lbh baik.

Ujian Mu kali ini terlalu susah untuk ku tempuhi….aku jadi kaku, kelu…..jgn kalian bertanya mengapa aku begini…sudah lama aku tidak begini…

Kali ini berbeza..terlalu berbeza…

i. aku terasa teraniya

ii. terasa dibohongi dan aku mempercayai

iii. terasa dipermainkan

iv. terasa diperbdohkan

v. terasa tidak tahu bagaiman mahu tempuh hari mendatang

vi. aku kaku untuk berbicara

vii. aku tidak boleh tido

viii. tiada air mata seorang kakak yg merasa kesedihan aku, mengiringi air mataku

ix. hadir kekuliah dengan mata begkak kerna tak tido bkn kerana air mata

x. muka yg sembab dan muram

Ya Allah, jika ini yang terbaik untukku. Aku menerimanya dengan redha..beri aku masa

BERI AKU MASA …………..

Khamis, 19 Februari 2009

Rabu, 18 Februari 2009

kilometer 333.3

Sejarah sebuah kebahagiaan,

Mengharung dingin pagi nan membeku,

Mencengkam seluruh urat nadi,

Untuk sampai ke destinasi,

Demi cinta Ilahi.

Perjalanan sebuah kehidupan,

Untuk terus memberi senyuman,

Kepada sang kekasih,

Sehingga nyawa terakhir,

KeranaMu Yang Maha Pengasih.

z.albatros44 - 18 Feb 09, 00:05

Rabu, 4 Februari 2009

cinta menuju Ilahi

Assalamualaikum....
Bismillah
Alhamdulillah

Percintaan Antara Lelaki dan Perempuan. Sebuah rumahtangga yang bahagia adalah yang terbina di atas dasar mawaddah/kasih dan rahmah/saying diantara pasangan lelaki dan wanita. Mawaddah/kasih terjalin di usia-usia remaja manakala rahmah/sayang pula akan mula berputik apabila usia hubungan semakin meningkat. Untuk mentafsirkan kalimah cinta adalah suatu pekerjaan yang sukar. Ianya adalah suatu fitrah yang dianugerahkan oleh Allah ke atas kita. Maka hairan sekali jika kita mendapati ada suara-suara yang berani mengatakan bahawa cinta antara lelaki dan wanita adalah sebuah dosa dan boleh menjejaskan hubungan antara hamba dan Khaliq.

Sabda Nabi s.a.w apabila mengenangkan isteri-isteri baginda:
"Ya Allah, inilah bahagianku daripada apa yang aku miliki, maka janganlah Engkau memurkaiku terhadap apa yang Engkau miliki dan tidak aku miliki.."
(hadis riwayat Imam-imam sunan.)

Yakni Nabi s.a.w. sebagai seorang manusia biasa tidak dapat mengawal perasaan cintanya yang lebih terhadap isteri baginda Aishah r.a. daripada isteri-isteri baginda yang lain. Maksud daripada hadis tersebut ialah seseorang manusia tidak memiliki hatinya (tidak mampu mengawal perasaan hatinya) daripada perasaan marah, gembira, rindu, sedih dan cinta. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah s.w.t.

Al-maklum, Islam adalah kalimah Allah yang terakhir, penutup kepada segala risalah. Ia datang dengan syariat yang umum, abadi, sesuai untuk semua rantau, semua zaman dan semua manusia. Ianya dilengkapi dengan dua asas utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah serta usul-usul yang terbina di atas dasar keduanya. Berbeza dengan agama lain yang mengecualikan agama dengan kehidupan seharian. Kita sedia maklum mengenai perihal paderi-paderi dan sis-sis Kristian serta sami-sami Budha yang mana mereka semua terlarang dari bercinta dan berkahwin di atas pendapat ianya merosakkan hubungan mereka dengan tuhan mereka, dan kita semua sebagai umat Islam berlindung daripada terpengaruh dengan pendapat-pendapat para seteru Allah s.w.t. itu.

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismua sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. "
(Ar-Ruum 21)

Islam memberkati setiap hubungan percintaan di antara lelaki dan wanita selagi mana ianya berpandukan hukum syara' dan tidak melampaui hadnya, serta cita-cita mereka adalah untuk membina rumahtangga dan bukan di atas dasar sekadar untuk bersuka-suka.


Wajib bagi setiap pasangan yang bercinta agar menyatukan antara cinta dan Akhlak kerana cinta adalah naluri kecenderungan antara dua jantina yang berbeza manakala akhlak pula adalah sebagai benteng yang menghalang dari berlakunya perkara yang melampaui batas.

Islam meletakkan akhlak dan batasan tertentu kepada naluri semulajadi adalah sebagai penghargaan kepada sifat makhluk manusia. Dan di sinilah tersembunyinya rahsia mengapa manhaj Islam tersendiri dari lain-lain manhaj ciptaan manusia.

Antara garispandu yang wajib kita taati di dalam hubungan percintaan antara lelaki dan perempuan ialah penjagaan batas-batas aurat. Sabda Nabi s.a.w.:
"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain. "
(hadis riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan Tarmizi.)

Sabda Nabi s.a.w. lagi:
"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat. "

Aurat seorang lelaki adalah diantara pusat dan dua lulut manakala aurat perempuan pula adalah seluruh tubuh melainkan muka dan tapak tangan.

Firman Allah s.w.t. yang mana membawa erti:
"Dan janganlah perempuan-perempuan menampakkan perhiasannya melainkan apa yang biasa nampak daripadanya. "
(An-Nur 31)

Yang dimaksudkan dengan perhiasan perempuan ialah apa sahaja yang dipandang cantik pada seorang perempuan, sama ada ianya ciptaan asli seperti wajah, rambut, suara dan potongan badan atau buatan seperti subang, gelang, cincin, gincu dan sebagainya.

Ulama-ulama bersepakat bahawa erti kata perhiasan yang biasa nampak di dalam ayat suci di atas ialah wajah dan dua tapak tangan (sahaja) dan apa yang biasa di pakai pada keduanya seperti cincin dengan tidak ada maksud kesombongan dan berlebih-lebihan.

Disyariatkan pengharaman memandang anggota-anggota aurat di dalam Islam adalah sebagai langkah untuk memelihara manusia daripada perkara yang menggerakkan naluri dan mengobarkan keinginan hawa nafsu mereka.

Firman Allah s.w.t.:
"Dan katakanlah kepada para mukmin; jatuhkanlah pandangan kamu (dari memandang perkara yang tidak halal dipandang). "
(An-Nur 30)

"Dan katakanlah kepada para mukminat; jatuhkanlah pandangan kamu."
An-Nur 31
Pandangan adalah pembangkit atau penggerak nafsu syahwat, ianya adalah jendela yang boleh dilalui oleh factor keinginan dan minat. Allah s.w.t. telah menciptakan mata itu sebagai cermin bagi hati, maka apabila seseorang menutup pandangannya maka hati pun akan tertutup nafsunya.

Sabda Nabi s.a.w. :
"Setiap kali seseorang muslim terpandang kecantikan seseorang perempuan lalu ia memalingkan pandangannya dari situ, maka Allah akan membaharukan untuknya satu ibadah yang kemanisannya terasa di dalam
hatinya. " (hadis riwayat Ahmad dan Tabrani)

Sesungguhnya pertimbangan kejiwaan yang lengkap yang ditunjukkan oleh Islam berkaitan perintah menutup aurat dan naluri malu manusia, tiada bandingannya dengan mana-mana peradaban di dunia. Sehinggalah di kalangan umat yang paling maju sekalipun lelaki-lelaki dan perempuan-perempuannya tidak segan silu hendak membuka mana-mana bahagian tubuh mereka berdasarkan pandangan mereka bahawa pakaian hanyalah semata-mata perhiasan, bukan pelindung. Di dalam Islam ternyata tugas utama pakaian ialah sebagai memberi perlindungan kepada tubuh, bukan perhiasan.

Perlu di tekankan di sini bahawa baju T-lengan pendek adalah haram dipakai bagi seorang wanita di hadapan lelaki ajnabi, begitu juga sebarang pakaian yang ketat atau nipis atau terlalu lembut sehingga boleh menampakkan sebahagian susuk tubuh.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Hendaklah mereka (perempuan-perempuan) itu melabuhkan tudung mereka sampai ke dada. " (An-Nur 31)

Islam mengharamkan apa juga jenis godaan yang boleh membangkitkan nafsu dan menyebarkan fitnah. Kesemua itu dengan tujuan untuk membolehkan manusia hidup di dalam massyarakat yang bersih tanpa ada pengaruh luar ke atas sarafnya.

Masyarakat yang menolong manusia menempuh jalan fitrah, masyarakat yang menentukan coraknya, bukan individu yang menentukan corak masyarakat itu. Oleh kerana itu pendirian Islam amat tegas terhadap faktor-faktor yang boleh membawa kepada kerosakan masyarakat. Berasaskan prinsip inilah para ulama telah menetapkan kaedah " setiap perkara yang membawa kepada haram maka ia adalah haram. "

Oleh itu, Islam melarang percampuran bebas antara lelaki dan wanita sebagai langkah awal untuk mengelakkan dari godaan dan hasutan hawa nafsu. Pada hakikatnya percampuran bebas antara kedua jenis itu adalah langkah pertama yang membawa masyarakat barat ke dalam keadaan tidak berperasaan malu dan bermaruah hari ini.

Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya kira-kira:
"Apabila seseorang lelaki itu bersendirian dengan seorang wanita(yang bukan muhrimnya) maka syaitan adalah yang ketiga di antara mereka" (hadis riwayat Tirmizi.)

Lagi sabda Nabi s.a.w. :
"Sekiranya seseorang bersesak dengan babi, berlumuran dengan lumpur atau tanah kotor, maka ianya adalah lebih baik dari bergesel bahu dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. "
(petikan dari hadis riwayat Tabrani.)

Begitulah ketegasan Nabi s.a.w. di dalam melarang umatnya bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan. Larangan bergaul bebas tanpa sebarang tujuan yang munasabah ini adalah meliputi sama ada di khalayak ramai atau pun bersendirian. Ini termasuklah antaranya bercampur bebas di dalam majlis-majlis keramaian atau berduan-duaan menonton di pawagam yang gelap, berdua-duaan menaiki kereta dan sebagainya lagi yang melibatkan pergaulan sesama bukan muhrim. Islam telah meletakkan hadnya yang tertentu di dalam pergaulan sesama bukan muhrim, sehinggakan seorang wanita yang hendak pergi menemui tunangannya pun haruslah ada muhrim yang menemaninya bagi
mengelakkan berlakunya fitnah.

Kesimpulan :

1. Cinta adalah sebuah perasaan yang wujud pada setiap manusia dan ianya adalah fitrah hidup dan tidak dapat dielak.

2. Menjadi kewajipan kepada setiap pasangan percintaan antara seorang lelaki dan wanita agar menghiasi cinta mereka dengan akhlak-akhlak yang telah digarispandukan oleh Islam.

3. Cinta semata-mata tanpa akhlak akan membawa kepada kerosakan pada diri pasangan.

4. Haram setiap percintaan yang dibina di atas dasar sekadar suka-suka, bahkan perlulah diletakkan perkahwinan sebagai tujuan utamanya.


" Rabbana hablana min azwaajina wa zurriyyatina qurrata a'yun waj'alna lilmuttaqiina imaama "

" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami, dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertaqwa . "
(Al-Furqaan 74)

Ahad, 1 Februari 2009

BIDADARI SYURGA

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan. Kisah... ... :

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain ( bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut... . tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama... . Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana. Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... . lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,... .. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua... . dan tak pernah dia lihat di dunia... . lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku... . bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii... ... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga... .
Subhanallah...