Khamis, 31 Julai 2008

sayang dan cinta



Tak samakah sayang dan cinta.apa yang bezanya? Jika dalam bahasa inggeris, sayang itu ‘love’.cinta juga ‘love’.apa yang bezanya?di sini bukan ana nak bezakan antara cinta dan sayang.kerana ana juga tidak tahu apa bezanya.
Cinta dan sayang?pasti yang sedang bercinta dan memadu kasih sayang tersenyum ketika membaca coretan ini.niat di hati ana hanyalah untuk berkongsi apa yang ada di hati ana.
Cinta dan sayang? Ana tak nafikan ana mempunyai perasaan sayang dan cinta.dan ana pasti juga kalian juga ada perasaan itu.ana ingin petik sedikit apa yang telah ana dengar dari penyanyi yang terkenal dengan lagu asmara fadzli (nama yang sebenarnya tidak ingin ana sebutkan)dalam nasi lemak kopi o.katanya “ada 4 cinta sebenarnya yang wujud
1. cinta pada insan
2. cinta persahabatan
3. cinta kekeluargaan
4. cinta keagamaan
boleh tak saudara saudari jika ana ubah urutan ikut yang sepatutnya?
1. Cinta keagamaan
2. Cinta kekeluargaan
3. Cinta persahabatan
4. Cinta pada insan
Agaknya mengapa ana letakkan cinta pada insan di peringkat paling bawah?setujukah kalian jika ana ulaskan di sini bahawa cinta ketuhanan itu kekal abadi.cinta pada Allah, cinta pada Nabi, cinta pada sahabat-sahabat nabi dan cinta pada Islam.kerana itulah cinta yang paling suci.(pasti tersenyum lagi jika ada yang beranggapan ‘cintaku pada si dia adalah abadi dan suci’).yang kedua cinta kekeluargaan, cinta pada ibu, cinta pada ibu, cinta pada ibu, cinta pada ayah dan seterusnya kakak, abang, adik dan saudara terdekat.(ana tidak boleh teringatkan abang, hati ana sayu).’air yang dicincang tidak akan putus’, biarlah benci mana pun kita dgn sedara, marah besar mana dgn sedara.ketahuilah mereka darah daging kita (L).seterusnya cinta pada sahabat.ya, kita pastinya mempunyai sahabat untuk menemani kita menjalani kehidupan seharian, tempat untuk meluahkan segala rasa, tempat untuk bermanja, tempat untuk dikongsi segalanya.dan ana sendiri juga ada sahabat, semuanya ana sayang.ana pasti kalian juga begitu.
Dan yang terakhir cinta pada insan.siapa insan itu ya? Pastinya buah hati pengarang jantung kita.(cinta tahap ini ana belum tempuhi lagi.hehehe).berbalik pada Soalan tadi ya.mengapa ia di tahap paling bawah?ketahuilah rakan-rakan ana.cinta itu boleh muncul dan boleh pergi.belum tentu si dia akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita.belum tentu akan bergelar isteri atau suami kita.kata orang yang pernah member cinta dan sayang kepada ana dahulu “cintalah berpada-pada, jangan serahkan cinta dan sayang kita sepenuhnya kerana ia boleh datang dan pergi”.
Sebagai guru (ini kisah bakal guru pula), wajarkah kita ungkapkan perkataan sayang kepada anak murid kita?menurut pengalaman ana, terlalulah wajarnya.hal ini kerana setiap kali kita ucapkan sayang kepada mereka, sepuluh kali sayang itu akan menyala di dalam hati mereka.mengapa ana kata begitu ya? Kerana sebagai pelajar, senakal dan sejahat mana mereka pun, jika ada seorang guru yang mengambil berat tentang mereka, membelai mereka dgn penuh kasih dan sayang pasti ada terbit di hati mereka sayang yang menggunung kepada guru tersebut.da di kala itu jika guru tersebut meminta tolong atau memberikan arahan, pasti dituruti.tak percaya? Cubalah lakukan…


Ahad, 27 Julai 2008

BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH...

Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah Sepasang mata menjadi hadiah
"Kenapa engkau mengikutku?"
"Aku tertarik dengan kecantikanmu"
Jawapan yang cukup angkuh Namun mengundang seibu soalan Bila bungkusan merah diterima di tangan MUSLIMAT, Contohilah wanita itu Bukan dengan mencungkil matamu Tetapi dengan menjaga keperibadianmu WAHAI MUSLIMAT, Aku sering tertanya Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka Menghadiahkan senyuman Meramahkan bicara Kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki Yang sememangnya dicipta Allah Dahaga kepada keindahan wanita Walaupun sekadar muka yang manis Apatah lagi lelaki ini Yang kau tahu cukup ego Menganggap wanita sebagai hidangan Yang boleh dibelek dan dipilih-pilih BENAR, Wanita ini telah menemui ajalnya Namun diiringi keredhaan Tuhan Dan keinsafan seorang lelaki Yang akhirnya menjadi ahli sufi MUSLIMAT, Beginilah jalanmu Tundukkanlah pandanganmu Keraskanlah suaramu Seriuskanlah perwatakanmu Tampilkan ketegasanmu Bila engkau di depan atau di belakang Atau di kiri atau di kanan lelaki Walau atas apa alasan sekalipun Ketuk keegoan mereka Bangkitkan mereka dari mimpi Jelaskan dengan amalmu Bahawa percampuran bukan caranya Bahawa keseronokan adalah palsu Bahawa di sini tiada kebahagiaan Hanya kehancuran MUSLIMAT, Inilah jalannya. Lalu mungkin engkau akan melihat. Di kalangan remaja ini, akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang, sebagaimana bangkitnya Dai'e bernama Hassan al-Basri, bila sepasang mata menjadi hadiah.

Sabtu, 26 Julai 2008

BBQ






Assalamualaikum…
Kalian pernah melanggar peraturan asrama?peraturan kolej? Hari ini ana dan kawan-kawan ana melanggar peraturan kolej.nak tahu ape? Bukan fly, bukan ponteng xtvt …tapi memasak di dalam kolej.hahaha
Jahat kan kami ni..bukan ape, kawan-kawan ana dan ana sendiri sebenarnya lapo nak makan BBQ.so, ana dan kawan2 memulakan operasi yang dirancang kira2 2 hari sahaja.kelakar kan.idea dari kawan ana lah tu.siti hajar…akhirnya setelah perbincangan yang dimulai dengan perbalahan tarikh, ye lah kawan-kawan ana ni semuanya mengambil minor lain2, so, kelas penuh.xda masa nak setel barang, setel bahan.



aishah menumbuk bawang dgn batu.


Akhirnya pada tarikh 23 julai 08 pukul 2 petang setelah habis kelas, kami berkumpul di dalam sebuah bilik.nak tahu bilik sape? Bilik anal ah.aduhai.mujurlah ana tak da romet..dapat juga melakukan perbuatan yang tidak direstui ini tanpa gangguan.namun, ketaq tu memg ada.ye lah nak langgar peraturan ini memg la ketaq.peraturan kolej canselor ini tak dibenarkan bawa barang elektrik, malah iron dan kittle pun tak leh.tapi pandai2 la, pandai bawa pandai simpan.
Bising giler kawan-kawan ana dalam bilik ana, walaupun 6 orang sahaja tapi mengalahkan 60 orang.macam2 cite keluar.”syyy…senyap sikit, kang kantoi”…”woi, shidah dah marah tu”…
Nak tahu menu? Bihun goreng tom yam fillail, agar2 pelik norita, BBQ ayam fillail, air neslo bujang pekat chah,udang bakar…bihun kami masak petang ni jugak, yang lain2 tu prepare je…
Ni ha, kawan-kawan suruh cite peristiwa yg terjadi.mula2 bekas gula ana yang berwarna oren terlepas dari tangan atifah, penuh lantai bilik ana.lepas tu, agar-agar yang dimasak oleh norita membuak-buak keluar melimpahi meja study ana, penuh di meja.ana tak kata ape la, almaklumlah semua tak sengaja.lepas tu, chah pulak membuat gempar dengan menumbuk bawang dan serai dengan menggunakan batu yang dikutip di tepi2 pokok sekitar kolej.bunyinya memg kuat.(maybe orang bawah dengar…ampun),terasa macam berada di zaman batu pula.hahaha



agar-agar pelik ita.


Fillail pula menghabiskan gula ana untuk kali ke2..sadis sungguh.gula ana habis…huhuhuh.sesi bihun digoreng, ana kat tepi ja, bukan tak nak masak, biar kpd yg pakar.ehehhehe.sementara tom yam dan ayam tu nak masak, pakat-pakat buka la penutup rice cooker tu.memg kelakar.semua tak sabar nak makan.(lupa nak bagitau, rice cooker tu hasil pinjaman farhana).
Bila dah siap bihun tu, pakat-pakat rasa sorang sket.memg sedap.ana akui la, fillail memg tere masak..”woi, basi kang kalau duk cuduk cam tu” anal ah yang kecoh tu.”tak pe, tak sempat basi ni”..mana tak nye, pakat-pakat ceduk bihun tu dgn tangan.hehehhe.
Keja kami siap pukul 5.30..tu bihun n agar2 je lah..acara BBQnya malam ni selepas balik dari kolej 5 untuk daftar uspot..
Malamnnya, ana, hajar n aishah pulang awal.nak la uat bara untuk bakar ayam.puas bergaduh…hahahah.mana tak nye, masing2 ada kemahiran yang berlainan.tp Alhamdulillah, kira2 setgh jam bara yg kami idamkan menjadi..mulalah acara bakar ayam.nak tahu apa yg best? Nak bakar udang,asyik jatuh je celah pembakar.fillail ambil batang pokok ape ntah uat pencucuk.memg kelakar…
hidangan kami mlm itu.ayam bakar, sosej bakar, udang bakar, bihun tomyam dan air anggur.
Akhirnya menjadi juga program kami…semoga bertemu lagi
“adui, sekak pulak perut ni”

Rabu, 23 Julai 2008

pengalaman mengajar

Cuti semester yang lalu, ana diberi peluang untuk mengaplikasikan pengajian ana selama 2 tahun di university.Alhamdulillah, ana dibantu oleh sepupu ana, kak Fatimah syam untuk menjadi seorang cikgu ganti di sekolah menengah kebangsaan undang jelebu, negeri Sembilan.menggantikan cikgu Bahasa Melayyu PN MAZNI yang bercuti bersalin.
Malas la plak nak ckp skema
Apabila ana pulang semula ke UPM, kawan2 ana yang tahu ana bekerja akan bertanya “cam na mengajar ari tu” dan pastinya ana yang ceria ini akan berkata “tersangat la best, kenangan paling indah”.ye lah, ana kan masih belajar, tak belajar habis lagi pun untuk menjadi seorang guru, apabila dapat jd cikgu, melompat mcm kera dapat pisang.heheheh
Memg best, baru ana tahu bagaimana perasaan seorang guru apabila anak murid bercakap di belakang, cikgu berckp di hdpan.baru ana tahu perasaan seorang guru apabila anak murid tidak siapkan kerja rumah.baru ana tahu perasaan seorang guru apabila anak murid tidak mendengar kata.memg semua itu menusuk hati ana.
Ana mengajar BM t3 dan t4, 2 kelas pandai dan 2 kelas kurang pandai.mmg mencabar masuk kelas kurang pandai.api sentiasa mendidih.bayangkan ana yang sentiasa ceria terpaksa berlakon menjadi garang.memg kelakar…pgg rotan, sape yg nakal, ana bagi je.,mengikut kementerian, seorang guru tidak boleh merotan murid kecuali pengetua dan guru disiplin dan rotan tidak boleh mengenai muka, hanya tapak tgn dan kaki shj yg bolh dirotan..tapi ana hantam je.mana tidaknya, ana disuruh membawa rotan dan merotan murid.wah, bertentangan dgn apa yg ana blajar tu..
Kelas 3 cempaka.kenangan yang paling indah.kenapa ya?kerana analah guru kelasnya.hehehe
Memg ana manjakan mereka, ana tak anggap diorg anak-anak murid ana, tapi sebagai kawan.kelas 3 anggerik juga ana anggap macm kawan.semua masalah mereka ceritakan pd ana, mungkin itulah yg menyebabkan ana syg pd mereka.mereka hormat ana, dgr ckp ana..”cikgu shidah”.
Nak tahu cm na ana mengajar? Mula2 tu ana ikut semua yg ana blaja di U.ikut rancangan pengajaran yg ana blaja, ada induksi set, ada permainan, ada perbentangan, ada menggunakan computer.macam2 la…ana ikut coz ana nak jd guru yang baik…sebulan ana di sekolah ana ikut semuanya, ana buat yang terbaik untuk murid2 ana.seminggu sebelum exm sem 1, ana tak mengajar, ana bg tips n ajar cra nak jwb exm dgn baik je..
Time exm la yg palg ana syok.bukan kerna ana tak perlu mengajar tau.tp kerna ana jd cikgu yg teruk, ana memberi jwpn kpd anak2 murid ana,hmpir semua subjek.hehehe.bukan ana nak kasi sgt pun, diorg yg tya, ana kan cikgu yg baik.ehehehh.ana tolong la…tp ana tak bagi jwpn terus la, klu aje…
Alhamdulillah…anak2 murid ana untuk 2 kelas pandai ramai yg dapat A, hasil 3 kali semakan yg ana uat.bayangkan 3 kali semak, punya la nak bg mereka dpt A.(jgn pengetua tahu rahsia ni dah la).bg ana, jika mampu ana tlg, ana tlg..semoga mereka lbh bersemangat nak jwb exm betul.amin.
Hari terakhir ana di sekolah memg sedih, ye lah nak tinggalkan anak-anak murid ana yg ana syg…
Kepada semua anak-anak cikgu, semoga berjaya dalam exm PMR.semoga dapat menjawab dgn baik.cikgu doakan kalian semua berjaya.i love u all so much…

Selasa, 22 Julai 2008

Bermulanya di sini.

Terciptanya blog ketentuan Ilahi

Sudah lama sebenarnya ana ingin menghasilkan blog sendiri.Asyik baca blog orang je.Alhamdulillah dapat juga menghasilkan blog yang ntah pape ni dengan hasil search sendiri.nak minta kawan2 ajar diorang pun tak reti.so, ana buat sendiri.
Sebenarnya ana ni kuat jeles, jeles dengan kawan2 yang dah ada blog dan ana masih lagi di takuk lama.tidak tahu blog tu apa.bila ana buka internet je ana buka blog kawan2 ana seperti blog aidilkhalid, blog azriq, Zulfazlan, minggu penulis remaja (ni je yg ana tahu) dan lain-lain yang jarang ana buka.
Nak juga dikatakan ana ni buta sket IT.buka internet tahu YM, cari bahan assignment, buka friensdter je.hehehe…ini lah ana yg tak tahu apa2.
Alhamdulillah, dapat juga ana hasilkan blog sendiri walaupun blog yang nyah pape.harap pembaca dapat manfaat dari blog ana ini.
Selamat membaca