semester 7....final year..macam best je dengar an...nak abih blaja dah..tapi asgnment berlunggok..mcm nak pecah pala bila senaraikan...sem paling dasyat rasanya...heheh..plak tu ada koko main hoki..agak2 ana ni bleh ke main hoki? 1st time main hoki esoknya blkg sakit...tapi ok la..syok sgt main..wlupun 1st time pegg kayu hoki...tgk ah senarai asgnment ana..rasa mcm nak termuntah ak?
ASIGNMENT SEMESTER 7 1. PSIKOLOGI PENDIDIKAN ISLAM
TUGASAN 2 KULIAH SHIDAH, HAJAR, AISAH, AZIMIY G SEK UAT UJIAN SUMMIT M2 SBLM FINAL EXAM
3. KOKURIKULUM
KOKO KULIAH HANDLE PERTANDINGAN AEROBIK SHIDAH, HAJAR, AISAH, KAK MA, AIN, ATI, ATUL,MALAH, KHAIDIR, AZIMIY, ROZAIMI, YUSUF PERTANDINGAN PERLU SERTAI: TARIAN, NYANYIAN,ESEI, SUKANEKA, DRAMA MULAI M10
4. DRAMA DALAM PNP BM
TUGASAN 1 KULIAH HASILKAN SKRIP DRAMA SHIDAH, HAJAR, AISAH, KAK ROS, AZI, YAT SUMMIT 27 OGOS 2009
TUGASAN 2 AMALI LAKONKAN DRAMA 15 AHLI SETIAP KUMP
5. KAEDAH MENGAJAR BM
TUGASAN 1 KULIAH PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU BAHASA MELAYU SUMMIT M7
TUGASAN 2 KULIAH SHIDAH, HAJAR, AISAH, AZIMIY PENGAJARAN BERASASKAN PENYELESAIAN MASALAH M2 SBLM FINAL EXAM
TUGASAN 1 AMALI SHIDAH, HAJAR, AISAH RANCANGAN PENGAJARAN PROSA TRA PRESENT N SUMMIT M4
TUGASAN 2 AMALI MIKRO RUMUSAN MEN ATAS MENGAJAR SLPS M4
6. ALQURAN DAN ASSUNAH SHIDAH, HAJAR, SHANIE TAJUK MASIH BLOM DITERIMA
salamun alaik...syukran laka... Alhamdulillah...arini terasa nak post blog plak....bukn senangn ana nak dapat mood menaip ni...heheh... arini dah masuk exam ke 4 ana tempuhi..Alhamdulillah...exam paper killer dah lepas(penyelidikan pendidikan)..nape ek exam tu ana namakan exam paper killer...sbb paper tu mmg btol2 membunuh....heheh....dgn payahnye..dgn lectrer nye....kata kawan ana...kita rebus nota ni skali dgn Lectrer..Astaqfirullah hal azim...tapi ana gelak2 juga la...(sdikit sokong)...sbnrnya tak baik ckp mcm tu...tak berkat pelajaran klu kita tak hormat guru...mgkin masing2 ngah stress dgn paper tu....tak nafikan ana juga mcm org tak btol gak....tepon mak smpai nak nangis.huhuhuh...sbb paper killer ni ah.. lepas je exam paper tu, esoknya paper akhlak lak....(arini la)...disbbkan kepala dah biol sket dgn paper aritu...jadinya tak study sgt la mlm tu..bce nota yg dah lama uat je... Alhamdulillah la..dapat jwb dgn baik...tak susah sgt...ye lah org yg tak bace ni suka ah soalan senang.heheh.tuk esok n lusa...tak tau la..hrp2 dapat jwb dgn baik gak...InsyaAllah.. kepada mak, ayah, adik2, habibi...tgu ana balik....
salam..dah lama ana tak post an...mungkin sibuk dan mungkin juga tidak tahu apa yang nak diceritakan...ari ni agak terdetik untuk bercerita...Alhamdulillah..dpt juga idea..walaupun blog ni tak de org bce sgt..namun, blog ni menjadi satu wadah untuk ana meluahkan isi hati...heheh
ingin bercerita tentang sesuatu yang tidak diduga..kebanyakan perkara atau peristiwa yang berlaku pada kita banyak yang tidak diduga..mungkin ada yang tidak menduga mereka akan memperoleh sesuatu, mungkin juga tidak menduga akan kehilangan sesuatu..bagi ana semua itu sudah tertulis dan ditakdirkan..tidak boleh sesekali kita menyalahkan takdir, dan kita haruslah sentiasa bersyukur dengan segala yang telah Allah berikan kepada kita..
jika Allah memberi kita sesuatu, sebenarnya Allah ingin tunjukkan kepada kita bahawa Allah berkuasa atas segalanya dan ingin kita bersyukur dan terus mentaatiNya..jika Allah menghilangkan sesuatu dari kita, percayalah Allah ingin memberi kita yang lebih baik...
semester ini,banyak hal yang berlaku dalam hidup ana..semuanya membuatkan ana lebih tabah dan lebih bersyukur..tidak lupa juga lebih menyayangi Ilahi...semua yang berlaku ada hikmahnya...
jika bercerita tentang semester ni (ye lah, minggu ni minggu last kuliah..tu pun 2 haru je blaja)banyak perkara yang berlaku..da yang boleh diduga dan ada yang tidak diduga..dah nak masuk final year ni banyak benda yang nak disetelkan...adui..klu tidak bersabar..mungkin ada yang boleh histeria...heheh
harapan ana, semester depan lebih tenang, lebih bahagia and lebih baik dari semester ini.InsyaAllah
Kebosanan dalam bilik memaksa ana cuba mencari inisiatif lain untuk menghiburkan hati. Mujurlah ada laptop dan hp yang ada radio..ana lebih suka mendengar lagu di radio daripada mendengar lagu2 MP3 dalam laptop…ana terharu dengan satu lagu yg agak lama ana tak dengar…lagu yang dinyanyikan oleh haddad Alwi “UMMI…lagu yang psti menyentuh hati semua insan yang bergelar anak..
Ana masih ingat lagi ketika ana di tingkatan 4, ana memegang jawatn setiausaha persatuan bahasa arab di sekolah ana, di mana kami seramai 9 orang senior f4 telah bergilir2 untuk menjadi dj radio sekolah di waktu pagi seblm sesi persekolahan bermula..lagu “UMMI” yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia di kala itu cukup femes kepada semua pelajar SMKK. Di mana setiap pagi kami akan memutarkan lagu tersebut..dan jgn tidak disangka, ramai yg pasti akan menitiskan air mata di pagi hari…kebanyakannya yg tinggal di asrama…kini lagu tersebut diubahsuai oleh amar agar menjadi lebih menarik..hayatilah……..
Ummi Album : Cinta Rasul II Munsyid : Haddad Alwi http://liriknasyid.com
Kuliah ari ni benar2 membuatkan aku sesak nafas, kata2 dr.roslan benar2 menusuk jantungku…menganggu emosiku…tanpa secalit senyuman aku lembarkan dengan cerita2 mnarik nya….hati aku beku….
Aku malu…itulah yang aku fikirkan sejak semlm, malu pada Allah, malu pada mak, pada ayah, pada adik, kakak, abg, sepupu2, kpda Ustazah…kepada rakan2..hajar, aisah, fadzli…..semuanya..aku tersangat malu…tidak tahu bagaimana dapat kugambarkan malu ini…dugaan yang Kau berikan terlalu besar buatku Ya Allah….
Tido lah, tolong lah tido lah…..
Ya Allah, dulu Kau pernah hilngkan matahari yang indah dariku dengan sekelip mata, hingga aku buta seketika, namun, Kau beri aku pelangi yang cantik, yang menceriakan hidupku dengan warna2nya yang cantik..kini, Kau hampir menarik pelangi itu dari ku…Kau hampir tarik ia dariku….Ya Allah, jangan Kau tarik pelangi yang cantik itu dariku Ya Allah…kerana pelangi itu keceriaanku..aku mahu hidup disinari pelangi itu…Ya Allah, aku tidak mahu mencari pelangi yang baru di puncak bukit,,cukuplah pelangi yang hampir Kau tarik ini…Ya Allah, jgn Kau tarik pelangi itu Ya Allah..aku ingin hidup di bawah sinarnya itu…..
Apa ptut aku ckp?
Aku tidak reti ingin berbicara…kelu dan sayu….yang mampu aku ckp, hanyalah dengan air mata…..ya, air mata…..
Ya Allah
Aku malu padaMu Ya Allah, aku tahu Kau tidak akan menguji aku jika aku tidak mampu untuk mengharunginya.Oleh itu Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk ujianMu ini, berilah aku ketenangan, berilah aku kesabaran.agar aku mampu mengharungi ujian Mu ini……
Mak ayah
Adik malu pada mak ayah, malu untuk pulang mengadap mak ayah, malu untuk menempuh hari mendatang. Mak ayah, kesungguhan adik dianiya….keikhlasan adik dinoda…
Adik beradik
Aku malu pada empa semua..malu sgt.tak tahu bagaimana nak tunjuk muka. Malu dengan kesungguhanku, malu dengan kata-kataku.jangan bertanya apa yang berlaku, jangan bertanya apa sudah berlaku. Kerna aku blom bersedia untuk bercerita. Jgn harap segala kata2 ku ini terlaksana, kerana aku sendiri sudah tidak mampu, sudah mati hati. Beri aku semngt, beri aku sokongan
Saudara mara
Malu pada semua……malu untuk bertemu, malu untuk mengadap, malu untuk menjawab. Biarlah aku dgn rahsiaku, jgn bertanya apa2 padaku, kerna aku terlalu malu untuk bercerita
Rakan2
Jgn bertanya.dan jgn bertanya dan jgn bertya..
Biarkan aku skejap dgn dunia baruku.beri aku keceriaan semula, beri aku kekuatan semula….dampingi aku.jgn biarkan aku keseorg..kerana aku blom sedia untuk hidup lbh baik.
Ujian Mu kali ini terlalu susah untuk ku tempuhi….aku jadi kaku, kelu…..jgn kalian bertanya mengapa aku begini…sudah lama aku tidak begini…
Kali ini berbeza..terlalu berbeza…
i.aku terasa teraniya
ii.terasa dibohongi dan aku mempercayai
iii.terasa dipermainkan
iv.terasa diperbdohkan
v.terasa tidak tahu bagaiman mahu tempuh hari mendatang
vi.aku kaku untuk berbicara
vii.aku tidak boleh tido
viii.tiada air mata seorang kakak yg merasa kesedihan aku, mengiringi air mataku
ix.hadir kekuliah dengan mata begkak kerna tak tido bkn kerana air mata
x.muka yg sembab dan muram
Ya Allah, jika ini yang terbaik untukku. Aku menerimanya dengan redha..beri aku masa
Ana merupakan seorang pelajar di bidang perguruan.Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertama di Universiti Putra Malaysia...Berumur 22 tahun