Khamis, 31 Julai 2008

sayang dan cinta



Tak samakah sayang dan cinta.apa yang bezanya? Jika dalam bahasa inggeris, sayang itu ‘love’.cinta juga ‘love’.apa yang bezanya?di sini bukan ana nak bezakan antara cinta dan sayang.kerana ana juga tidak tahu apa bezanya.
Cinta dan sayang?pasti yang sedang bercinta dan memadu kasih sayang tersenyum ketika membaca coretan ini.niat di hati ana hanyalah untuk berkongsi apa yang ada di hati ana.
Cinta dan sayang? Ana tak nafikan ana mempunyai perasaan sayang dan cinta.dan ana pasti juga kalian juga ada perasaan itu.ana ingin petik sedikit apa yang telah ana dengar dari penyanyi yang terkenal dengan lagu asmara fadzli (nama yang sebenarnya tidak ingin ana sebutkan)dalam nasi lemak kopi o.katanya “ada 4 cinta sebenarnya yang wujud
1. cinta pada insan
2. cinta persahabatan
3. cinta kekeluargaan
4. cinta keagamaan
boleh tak saudara saudari jika ana ubah urutan ikut yang sepatutnya?
1. Cinta keagamaan
2. Cinta kekeluargaan
3. Cinta persahabatan
4. Cinta pada insan
Agaknya mengapa ana letakkan cinta pada insan di peringkat paling bawah?setujukah kalian jika ana ulaskan di sini bahawa cinta ketuhanan itu kekal abadi.cinta pada Allah, cinta pada Nabi, cinta pada sahabat-sahabat nabi dan cinta pada Islam.kerana itulah cinta yang paling suci.(pasti tersenyum lagi jika ada yang beranggapan ‘cintaku pada si dia adalah abadi dan suci’).yang kedua cinta kekeluargaan, cinta pada ibu, cinta pada ibu, cinta pada ibu, cinta pada ayah dan seterusnya kakak, abang, adik dan saudara terdekat.(ana tidak boleh teringatkan abang, hati ana sayu).’air yang dicincang tidak akan putus’, biarlah benci mana pun kita dgn sedara, marah besar mana dgn sedara.ketahuilah mereka darah daging kita (L).seterusnya cinta pada sahabat.ya, kita pastinya mempunyai sahabat untuk menemani kita menjalani kehidupan seharian, tempat untuk meluahkan segala rasa, tempat untuk bermanja, tempat untuk dikongsi segalanya.dan ana sendiri juga ada sahabat, semuanya ana sayang.ana pasti kalian juga begitu.
Dan yang terakhir cinta pada insan.siapa insan itu ya? Pastinya buah hati pengarang jantung kita.(cinta tahap ini ana belum tempuhi lagi.hehehe).berbalik pada Soalan tadi ya.mengapa ia di tahap paling bawah?ketahuilah rakan-rakan ana.cinta itu boleh muncul dan boleh pergi.belum tentu si dia akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita.belum tentu akan bergelar isteri atau suami kita.kata orang yang pernah member cinta dan sayang kepada ana dahulu “cintalah berpada-pada, jangan serahkan cinta dan sayang kita sepenuhnya kerana ia boleh datang dan pergi”.
Sebagai guru (ini kisah bakal guru pula), wajarkah kita ungkapkan perkataan sayang kepada anak murid kita?menurut pengalaman ana, terlalulah wajarnya.hal ini kerana setiap kali kita ucapkan sayang kepada mereka, sepuluh kali sayang itu akan menyala di dalam hati mereka.mengapa ana kata begitu ya? Kerana sebagai pelajar, senakal dan sejahat mana mereka pun, jika ada seorang guru yang mengambil berat tentang mereka, membelai mereka dgn penuh kasih dan sayang pasti ada terbit di hati mereka sayang yang menggunung kepada guru tersebut.da di kala itu jika guru tersebut meminta tolong atau memberikan arahan, pasti dituruti.tak percaya? Cubalah lakukan…


Tiada ulasan: