Rabu, 23 Julai 2008

pengalaman mengajar

Cuti semester yang lalu, ana diberi peluang untuk mengaplikasikan pengajian ana selama 2 tahun di university.Alhamdulillah, ana dibantu oleh sepupu ana, kak Fatimah syam untuk menjadi seorang cikgu ganti di sekolah menengah kebangsaan undang jelebu, negeri Sembilan.menggantikan cikgu Bahasa Melayyu PN MAZNI yang bercuti bersalin.
Malas la plak nak ckp skema
Apabila ana pulang semula ke UPM, kawan2 ana yang tahu ana bekerja akan bertanya “cam na mengajar ari tu” dan pastinya ana yang ceria ini akan berkata “tersangat la best, kenangan paling indah”.ye lah, ana kan masih belajar, tak belajar habis lagi pun untuk menjadi seorang guru, apabila dapat jd cikgu, melompat mcm kera dapat pisang.heheheh
Memg best, baru ana tahu bagaimana perasaan seorang guru apabila anak murid bercakap di belakang, cikgu berckp di hdpan.baru ana tahu perasaan seorang guru apabila anak murid tidak siapkan kerja rumah.baru ana tahu perasaan seorang guru apabila anak murid tidak mendengar kata.memg semua itu menusuk hati ana.
Ana mengajar BM t3 dan t4, 2 kelas pandai dan 2 kelas kurang pandai.mmg mencabar masuk kelas kurang pandai.api sentiasa mendidih.bayangkan ana yang sentiasa ceria terpaksa berlakon menjadi garang.memg kelakar…pgg rotan, sape yg nakal, ana bagi je.,mengikut kementerian, seorang guru tidak boleh merotan murid kecuali pengetua dan guru disiplin dan rotan tidak boleh mengenai muka, hanya tapak tgn dan kaki shj yg bolh dirotan..tapi ana hantam je.mana tidaknya, ana disuruh membawa rotan dan merotan murid.wah, bertentangan dgn apa yg ana blajar tu..
Kelas 3 cempaka.kenangan yang paling indah.kenapa ya?kerana analah guru kelasnya.hehehe
Memg ana manjakan mereka, ana tak anggap diorg anak-anak murid ana, tapi sebagai kawan.kelas 3 anggerik juga ana anggap macm kawan.semua masalah mereka ceritakan pd ana, mungkin itulah yg menyebabkan ana syg pd mereka.mereka hormat ana, dgr ckp ana..”cikgu shidah”.
Nak tahu cm na ana mengajar? Mula2 tu ana ikut semua yg ana blaja di U.ikut rancangan pengajaran yg ana blaja, ada induksi set, ada permainan, ada perbentangan, ada menggunakan computer.macam2 la…ana ikut coz ana nak jd guru yang baik…sebulan ana di sekolah ana ikut semuanya, ana buat yang terbaik untuk murid2 ana.seminggu sebelum exm sem 1, ana tak mengajar, ana bg tips n ajar cra nak jwb exm dgn baik je..
Time exm la yg palg ana syok.bukan kerna ana tak perlu mengajar tau.tp kerna ana jd cikgu yg teruk, ana memberi jwpn kpd anak2 murid ana,hmpir semua subjek.hehehe.bukan ana nak kasi sgt pun, diorg yg tya, ana kan cikgu yg baik.ehehehh.ana tolong la…tp ana tak bagi jwpn terus la, klu aje…
Alhamdulillah…anak2 murid ana untuk 2 kelas pandai ramai yg dapat A, hasil 3 kali semakan yg ana uat.bayangkan 3 kali semak, punya la nak bg mereka dpt A.(jgn pengetua tahu rahsia ni dah la).bg ana, jika mampu ana tlg, ana tlg..semoga mereka lbh bersemangat nak jwb exm betul.amin.
Hari terakhir ana di sekolah memg sedih, ye lah nak tinggalkan anak-anak murid ana yg ana syg…
Kepada semua anak-anak cikgu, semoga berjaya dalam exm PMR.semoga dapat menjawab dgn baik.cikgu doakan kalian semua berjaya.i love u all so much…

Tiada ulasan: