Jumaat, 8 Ogos 2008



Masih ingat pada sekolah anda? Semalam ana buka friendster kawan sekolah ana, terjumpalah satu friendster ni. Rupanya friendster sekolah ana yang dulu.ana pun buka, nak tahu apa yang ada lam tu. Lagu sekolah ana. Best nya.ana pun try la test suara, nyanyi…bila dihayati, ana rasa la kan. Lirik betul tapi nada salah. Hahahah.apa-apa je lah….
Sekolah menengah kebangsaan Kulim…..Masih ingat kenangan anda di sekolah. Pasti ada yang manis dan pahit kan.macam ana, ana stay kat asrama.so, terlalu la banyaknya kenangan.pulak tu sekolah situ dari ting 1 sampai la ting 6.cuma stay kat asrama la yg pening sket.ting 1 pun stay kat asrama dah pertengahan tahun.ting 4 tak stay, ting 6 rendah pun dah nak habis sem baru stay.heheheh.teruk kan ana ni.ye lah, duk asrama tu mcm duk kat penjara.apa pun tak leh uat.tp ana ni bukan baik sgt, uat jahat tu banyak dari baik.heheheh.tp satu je yg ana menyesal tak penah uat.fly malam….adui, ruginya….kire baik jugak la ana ni kan?heheh
Ana masih ingat lg ting 1, ana kelas agama.1 agama 2.kebanyakan 1 agama 2 ni orang jauh2 n stay kat asrama.memg kwn2 pun org asrama je.lupa nak gtau.sekolah ana ni da 2 sesi.sesi pg n petg.ana sesi ptg ting 1.nak masuk sek ni payah jugak la.kire sek elit la, Cuma bawah sket dari sek bestari je.sape2 yg dpt 5 n 4 a upsr tu kat sek badlishah.mcm sek ana amik yg dpt 4a, 3a n 2 a ja.tu pun tak ramai.kelas agama pun da 2 kls je, agama 1 n 2.kelas agama 1 tak da yg duk asrama.semua rumah dkt2 sek je.
Berbalik pd yg tadi.ana kat sek pakai tudg labuh la, almaklumlah kls agama la kan.skrg dah tak mcm dulu, skrg tudg da muncung kat ats, dulu bulat je semua.sape yg muka pnjg pun nampak bulat.termasuklah ana.heheh.Nak tahu apa yg menarik tntg ana kat sek dulu.kuat tido,heheheh.tak kire lah waktu apa pun, kepala ana pasti mengiakan je apa yg cikgu ajar.sllunya sains la yg palg ana kuat tido.masuk je makmal sains,tak pala.cikgu2 pun tak tau nak kata pa dah dgn ana.mujurlah exam ana sllu boleh tahan jugak.klu tak, kacau.masuk ting 4 n 5 pun duk macm tu gak, kelas sains lg la byk, kimia, fizik, bio. 4 sains 5 n 5 sains 5.mmg ana rasa ana ni sudah ditakdirkan untuk tidak boleh bersama dgn sains.huhuu.amik sains ting 4 n 5 pun sbb terpaksa.1)kputusan pmr ok xleh masuk sastera.2)nak amik kelas agama…adui…
Ana kat sek ting 1 sampai 5 jd pustakawan.ada la pgg jwtn,su 3 tahun.hehehe.mgkin sbb ana suka baca buku kot.ntah la.masuk ting 6 ana dah tak nak jd pape dah.nak fokus study la kot kononnya.ye lah tak dapat masuk u dgn spm.tup2, cikgu pustaka ana dulu suruh ana jd pengawas lak.terus dapt pgg jwatn ‘head girl’.wah, bala…bala..dgn asrama lg, dgn persatuan lg, dgn kelab lg, rumah sukan lg, badan beruniform lg.pidato, forum remaja, program la ape la…bayangkan ana yg kecik ni nak pgg semua.hancur SMKK…huahuahua…nasib le..
Ana kat sek an dulu, tak mcm skrg.skrg ana haru biru sket.heheh.dulu ana senyap, sopan la jgk..n palg penting ana tak brape suka bkwan.ana bkwan dgn sape tau.dgn adik2…ntah la.maybe ana ni tak padan dgn umur kot.perhhhh…perasan tol.n lupa lak, ana ni tegas sket, garang tu tak la.tegas je…head girl…padan ke tak ye?heheh.tp ana tau, hati ana baik.perasan lg…
mana ana ye? cari le (2 agama 2)
Kenangan palg manis ek kat sek? Pa ye…..entah…banyak sgt kot tp pahit da la satu….kena jalan itik depan semua pelajar asrama kerana tido time prep ptg.hahhahaha.bukan ana je la, ramai lg, termasuk kwn2 ana.kena pulak dgn ustazah kesayangan ana.warden asrama.tu dia ah…ape ra…so, kwn2….jgn jd cam ana, tak cukup besar coz terlebih tido.hehehe.
p/s..sekarang pun ana kuat tido jgk…
SMKK…luv u much

Khamis, 7 Ogos 2008

lagi kenangan terindah

Pada 2 hb ogos, ana bersama sahabat2 ana iaitu ct hajar n ct aisah membuat kajian soal selidik di perkampungan orang asli, kg dusun kubur, jelebu.ana dan sahabat2 ditemani anak2 murid ana farhan f3, syafiq f4 dan fazril f4.kenapa semuanya lelaki ya? Kerana untuk pengetahuan sape2 yang tak tahu.perkgan org asli ni bkn mcm kg melayu.kena berjaga2 dgn pantg rgnye, dgn haiwan peliharaannya iaitu anjing dan sebagai bodyguard kami sepanjang kajian dijalankan.
Mcm besa xnak formal sgt
Cetanya begini…

Pg tu ana n kwn2 bgun kul 6.30.kononnye lah nak bgun awal, nak mandi n mask pa yg patut.hehheeh.kul 7 ana n hajar ke pasar.nak la beli bahan2 tuk dimasak.nak uat sandwish n masak aym tuk bekal.almaklumlah kat c2 byk waterfall.ralit2 farhan datang, ana n hajar tak mandi lgi, tgn pun berbau ayam lagi.kena la anak murid kesaygan ana tu menunggu.kalut punya kalut kul 8.30 baru bertolak.
Dari umah ke tempat amik masa sejam la jugak, jauh la katakan.ana bwk motor sorg, hajar dan shah 1 motor n farhan 1 motor.mula2 ana tak tahu sape lg yg akan ikut.mmg serah je kat farhan.lantak la sape pun, janji pelajar uj jgk n boleh jg bodyguard ana.apabila sampai je 2 org lg pelajar ana tu, ana memg terkejut.memg ana kenal la 2 org pljr f4 tu, tapi xtau nama.
“ingat ke sape, kau orang ke?”
“kami pun tak tau cikgu rupanya yg paan maksudkan”
Sama2 lah ketawa, mana tidak nya,pelajar 2 org ni mmg ana x mengajar tp ana kenal.
“cikgu dah kawin blom” “cikgu dah da pakwe blom”
Aha itulah pertanyaan diorg ketika pertama kali jumpa mereka di sek.memg nakal.
Syafiq, sblm ana tinggalkan sek uj, mukanya masih bersih.skrg dah berbirat.tu semuanya hasil rempit la tu.tak padan dgn kecik.fazril pulak, rambutnya masih begitu.remoih….
Ketika kami smpai ke kg org asli, kecoh plak pakat2 xtau umah tok batin.mujurlah terjumpa anak murid ana yg org asli tu.mmg hepi jgk la jumpa si rizal tu.nak tau nama dia?rizal bin abot..tp bukan islam.hehheh.heran kan.sebut pasal nama, anak tok batin yg hensem tp bawah umur tu namanya shahril..nama islam tp xda agama.tu lah org asli.
Masuk je kg diorg, anjing merata.terlompat, terjerit tu lah keja kami.kelakar sgt, paan jenuh berpusing bermain dgn anjing…anjing org asli ni klu nak tau jinak, suka main dgn org..kita lari, dia ikut…kelam kabut dibuatnya.ana sampai terjerit2, menggigil badn dgn anjing ni
Keja kami siap kul 3 ptg, lupa lak, kami rehat di waterfall jeram gading.makan bekal yg ana n kwn2 masak.byk juga la kngn terindah di kg org asli.nak uat kajian kan byk cbran.ye lah nak temubual, ada yg tak layan, ada yg bagus sgt lynan,mcm2 la.mujur la siap jgk keja kami ni.balik je kami singgah kat umah anak2 murid ana, rumah hafiz, umah hani dan tak lupa umah 3 org tu.
Rumah fazril kami dah plan,rambutan.ada la pokok kundang (staq)ni.besar.fazril, syafiq n farhan panjat, tp farhan turun smula.tak brani la kot.ana pun tak harap sgt dgn anak kesygan ana tu.hehhehe.diorg boh la buah tu lam plastic.bila fazril dh turun, tggal la syafiq kat atas.
“ibu, buah nagko ado ak bu” kata fazril
“tak do ah” kata ibunya
Dup..nangka buruk jatuh…hahahha.bukan nagko tapi syafiq yg jatuh bagai nangka…sekali dgn buah kundang.hahaha.ana mmg pucat dah, anak teruna org jatuh pokok demi amik buah kat cikgunya.
“cikgu ni risau, boleh lg gelak2”
“cikgu igt dia buat lwak je jatuh ni”
Tak boleh bgun jgk la syafiq tu….pgg dia n tgn dia sakit.ana dgn hajar pun antar dia balik umah…bapak dia garang giler.ana takut sgt dah…cepat2 le balik, tp dapat jugak sebijik durian dar bapak dia.hehehe
Lam pukul 5 kami pun balik..balik umah soalt jap..g umah farhan pulak..bawak la si comel balqis.punya la best makan duria.ibu si farhan jugak baik,lyn kami mcm anak sndiri.
“lo, ni ke cikgunya, kecik je”
Ana dah sengih…nil ah kngan ana yg tak mgkin ana akan lupakan.sejak tu hati ana makin syg dgn diorg..terutma farhan…
"petik rambutan lam raga"
"pokok epal lam petia ais"
buat syafiq, fazril dan farhan.cikgu sayag kalian.

Khamis, 31 Julai 2008

sayang dan cinta



Tak samakah sayang dan cinta.apa yang bezanya? Jika dalam bahasa inggeris, sayang itu ‘love’.cinta juga ‘love’.apa yang bezanya?di sini bukan ana nak bezakan antara cinta dan sayang.kerana ana juga tidak tahu apa bezanya.
Cinta dan sayang?pasti yang sedang bercinta dan memadu kasih sayang tersenyum ketika membaca coretan ini.niat di hati ana hanyalah untuk berkongsi apa yang ada di hati ana.
Cinta dan sayang? Ana tak nafikan ana mempunyai perasaan sayang dan cinta.dan ana pasti juga kalian juga ada perasaan itu.ana ingin petik sedikit apa yang telah ana dengar dari penyanyi yang terkenal dengan lagu asmara fadzli (nama yang sebenarnya tidak ingin ana sebutkan)dalam nasi lemak kopi o.katanya “ada 4 cinta sebenarnya yang wujud
1. cinta pada insan
2. cinta persahabatan
3. cinta kekeluargaan
4. cinta keagamaan
boleh tak saudara saudari jika ana ubah urutan ikut yang sepatutnya?
1. Cinta keagamaan
2. Cinta kekeluargaan
3. Cinta persahabatan
4. Cinta pada insan
Agaknya mengapa ana letakkan cinta pada insan di peringkat paling bawah?setujukah kalian jika ana ulaskan di sini bahawa cinta ketuhanan itu kekal abadi.cinta pada Allah, cinta pada Nabi, cinta pada sahabat-sahabat nabi dan cinta pada Islam.kerana itulah cinta yang paling suci.(pasti tersenyum lagi jika ada yang beranggapan ‘cintaku pada si dia adalah abadi dan suci’).yang kedua cinta kekeluargaan, cinta pada ibu, cinta pada ibu, cinta pada ibu, cinta pada ayah dan seterusnya kakak, abang, adik dan saudara terdekat.(ana tidak boleh teringatkan abang, hati ana sayu).’air yang dicincang tidak akan putus’, biarlah benci mana pun kita dgn sedara, marah besar mana dgn sedara.ketahuilah mereka darah daging kita (L).seterusnya cinta pada sahabat.ya, kita pastinya mempunyai sahabat untuk menemani kita menjalani kehidupan seharian, tempat untuk meluahkan segala rasa, tempat untuk bermanja, tempat untuk dikongsi segalanya.dan ana sendiri juga ada sahabat, semuanya ana sayang.ana pasti kalian juga begitu.
Dan yang terakhir cinta pada insan.siapa insan itu ya? Pastinya buah hati pengarang jantung kita.(cinta tahap ini ana belum tempuhi lagi.hehehe).berbalik pada Soalan tadi ya.mengapa ia di tahap paling bawah?ketahuilah rakan-rakan ana.cinta itu boleh muncul dan boleh pergi.belum tentu si dia akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita.belum tentu akan bergelar isteri atau suami kita.kata orang yang pernah member cinta dan sayang kepada ana dahulu “cintalah berpada-pada, jangan serahkan cinta dan sayang kita sepenuhnya kerana ia boleh datang dan pergi”.
Sebagai guru (ini kisah bakal guru pula), wajarkah kita ungkapkan perkataan sayang kepada anak murid kita?menurut pengalaman ana, terlalulah wajarnya.hal ini kerana setiap kali kita ucapkan sayang kepada mereka, sepuluh kali sayang itu akan menyala di dalam hati mereka.mengapa ana kata begitu ya? Kerana sebagai pelajar, senakal dan sejahat mana mereka pun, jika ada seorang guru yang mengambil berat tentang mereka, membelai mereka dgn penuh kasih dan sayang pasti ada terbit di hati mereka sayang yang menggunung kepada guru tersebut.da di kala itu jika guru tersebut meminta tolong atau memberikan arahan, pasti dituruti.tak percaya? Cubalah lakukan…


Ahad, 27 Julai 2008

BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH...

Ingatkah dikau di dalam lipatan sejarah Sepasang mata menjadi hadiah
"Kenapa engkau mengikutku?"
"Aku tertarik dengan kecantikanmu"
Jawapan yang cukup angkuh Namun mengundang seibu soalan Bila bungkusan merah diterima di tangan MUSLIMAT, Contohilah wanita itu Bukan dengan mencungkil matamu Tetapi dengan menjaga keperibadianmu WAHAI MUSLIMAT, Aku sering tertanya Bagaimana engkau masih sanggup memaniskan muka Menghadiahkan senyuman Meramahkan bicara Kepada lelaki yang bukan muhrim
Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki Yang sememangnya dicipta Allah Dahaga kepada keindahan wanita Walaupun sekadar muka yang manis Apatah lagi lelaki ini Yang kau tahu cukup ego Menganggap wanita sebagai hidangan Yang boleh dibelek dan dipilih-pilih BENAR, Wanita ini telah menemui ajalnya Namun diiringi keredhaan Tuhan Dan keinsafan seorang lelaki Yang akhirnya menjadi ahli sufi MUSLIMAT, Beginilah jalanmu Tundukkanlah pandanganmu Keraskanlah suaramu Seriuskanlah perwatakanmu Tampilkan ketegasanmu Bila engkau di depan atau di belakang Atau di kiri atau di kanan lelaki Walau atas apa alasan sekalipun Ketuk keegoan mereka Bangkitkan mereka dari mimpi Jelaskan dengan amalmu Bahawa percampuran bukan caranya Bahawa keseronokan adalah palsu Bahawa di sini tiada kebahagiaan Hanya kehancuran MUSLIMAT, Inilah jalannya. Lalu mungkin engkau akan melihat. Di kalangan remaja ini, akan lahir Rijaluddin berjiwa pejuang, sebagaimana bangkitnya Dai'e bernama Hassan al-Basri, bila sepasang mata menjadi hadiah.

Sabtu, 26 Julai 2008

BBQ






Assalamualaikum…
Kalian pernah melanggar peraturan asrama?peraturan kolej? Hari ini ana dan kawan-kawan ana melanggar peraturan kolej.nak tahu ape? Bukan fly, bukan ponteng xtvt …tapi memasak di dalam kolej.hahaha
Jahat kan kami ni..bukan ape, kawan-kawan ana dan ana sendiri sebenarnya lapo nak makan BBQ.so, ana dan kawan2 memulakan operasi yang dirancang kira2 2 hari sahaja.kelakar kan.idea dari kawan ana lah tu.siti hajar…akhirnya setelah perbincangan yang dimulai dengan perbalahan tarikh, ye lah kawan-kawan ana ni semuanya mengambil minor lain2, so, kelas penuh.xda masa nak setel barang, setel bahan.



aishah menumbuk bawang dgn batu.


Akhirnya pada tarikh 23 julai 08 pukul 2 petang setelah habis kelas, kami berkumpul di dalam sebuah bilik.nak tahu bilik sape? Bilik anal ah.aduhai.mujurlah ana tak da romet..dapat juga melakukan perbuatan yang tidak direstui ini tanpa gangguan.namun, ketaq tu memg ada.ye lah nak langgar peraturan ini memg la ketaq.peraturan kolej canselor ini tak dibenarkan bawa barang elektrik, malah iron dan kittle pun tak leh.tapi pandai2 la, pandai bawa pandai simpan.
Bising giler kawan-kawan ana dalam bilik ana, walaupun 6 orang sahaja tapi mengalahkan 60 orang.macam2 cite keluar.”syyy…senyap sikit, kang kantoi”…”woi, shidah dah marah tu”…
Nak tahu menu? Bihun goreng tom yam fillail, agar2 pelik norita, BBQ ayam fillail, air neslo bujang pekat chah,udang bakar…bihun kami masak petang ni jugak, yang lain2 tu prepare je…
Ni ha, kawan-kawan suruh cite peristiwa yg terjadi.mula2 bekas gula ana yang berwarna oren terlepas dari tangan atifah, penuh lantai bilik ana.lepas tu, agar-agar yang dimasak oleh norita membuak-buak keluar melimpahi meja study ana, penuh di meja.ana tak kata ape la, almaklumlah semua tak sengaja.lepas tu, chah pulak membuat gempar dengan menumbuk bawang dan serai dengan menggunakan batu yang dikutip di tepi2 pokok sekitar kolej.bunyinya memg kuat.(maybe orang bawah dengar…ampun),terasa macam berada di zaman batu pula.hahaha



agar-agar pelik ita.


Fillail pula menghabiskan gula ana untuk kali ke2..sadis sungguh.gula ana habis…huhuhuh.sesi bihun digoreng, ana kat tepi ja, bukan tak nak masak, biar kpd yg pakar.ehehhehe.sementara tom yam dan ayam tu nak masak, pakat-pakat buka la penutup rice cooker tu.memg kelakar.semua tak sabar nak makan.(lupa nak bagitau, rice cooker tu hasil pinjaman farhana).
Bila dah siap bihun tu, pakat-pakat rasa sorang sket.memg sedap.ana akui la, fillail memg tere masak..”woi, basi kang kalau duk cuduk cam tu” anal ah yang kecoh tu.”tak pe, tak sempat basi ni”..mana tak nye, pakat-pakat ceduk bihun tu dgn tangan.hehehhe.
Keja kami siap pukul 5.30..tu bihun n agar2 je lah..acara BBQnya malam ni selepas balik dari kolej 5 untuk daftar uspot..
Malamnnya, ana, hajar n aishah pulang awal.nak la uat bara untuk bakar ayam.puas bergaduh…hahahah.mana tak nye, masing2 ada kemahiran yang berlainan.tp Alhamdulillah, kira2 setgh jam bara yg kami idamkan menjadi..mulalah acara bakar ayam.nak tahu apa yg best? Nak bakar udang,asyik jatuh je celah pembakar.fillail ambil batang pokok ape ntah uat pencucuk.memg kelakar…
hidangan kami mlm itu.ayam bakar, sosej bakar, udang bakar, bihun tomyam dan air anggur.
Akhirnya menjadi juga program kami…semoga bertemu lagi
“adui, sekak pulak perut ni”

Rabu, 23 Julai 2008

pengalaman mengajar

Cuti semester yang lalu, ana diberi peluang untuk mengaplikasikan pengajian ana selama 2 tahun di university.Alhamdulillah, ana dibantu oleh sepupu ana, kak Fatimah syam untuk menjadi seorang cikgu ganti di sekolah menengah kebangsaan undang jelebu, negeri Sembilan.menggantikan cikgu Bahasa Melayyu PN MAZNI yang bercuti bersalin.
Malas la plak nak ckp skema
Apabila ana pulang semula ke UPM, kawan2 ana yang tahu ana bekerja akan bertanya “cam na mengajar ari tu” dan pastinya ana yang ceria ini akan berkata “tersangat la best, kenangan paling indah”.ye lah, ana kan masih belajar, tak belajar habis lagi pun untuk menjadi seorang guru, apabila dapat jd cikgu, melompat mcm kera dapat pisang.heheheh
Memg best, baru ana tahu bagaimana perasaan seorang guru apabila anak murid bercakap di belakang, cikgu berckp di hdpan.baru ana tahu perasaan seorang guru apabila anak murid tidak siapkan kerja rumah.baru ana tahu perasaan seorang guru apabila anak murid tidak mendengar kata.memg semua itu menusuk hati ana.
Ana mengajar BM t3 dan t4, 2 kelas pandai dan 2 kelas kurang pandai.mmg mencabar masuk kelas kurang pandai.api sentiasa mendidih.bayangkan ana yang sentiasa ceria terpaksa berlakon menjadi garang.memg kelakar…pgg rotan, sape yg nakal, ana bagi je.,mengikut kementerian, seorang guru tidak boleh merotan murid kecuali pengetua dan guru disiplin dan rotan tidak boleh mengenai muka, hanya tapak tgn dan kaki shj yg bolh dirotan..tapi ana hantam je.mana tidaknya, ana disuruh membawa rotan dan merotan murid.wah, bertentangan dgn apa yg ana blajar tu..
Kelas 3 cempaka.kenangan yang paling indah.kenapa ya?kerana analah guru kelasnya.hehehe
Memg ana manjakan mereka, ana tak anggap diorg anak-anak murid ana, tapi sebagai kawan.kelas 3 anggerik juga ana anggap macm kawan.semua masalah mereka ceritakan pd ana, mungkin itulah yg menyebabkan ana syg pd mereka.mereka hormat ana, dgr ckp ana..”cikgu shidah”.
Nak tahu cm na ana mengajar? Mula2 tu ana ikut semua yg ana blaja di U.ikut rancangan pengajaran yg ana blaja, ada induksi set, ada permainan, ada perbentangan, ada menggunakan computer.macam2 la…ana ikut coz ana nak jd guru yang baik…sebulan ana di sekolah ana ikut semuanya, ana buat yang terbaik untuk murid2 ana.seminggu sebelum exm sem 1, ana tak mengajar, ana bg tips n ajar cra nak jwb exm dgn baik je..
Time exm la yg palg ana syok.bukan kerna ana tak perlu mengajar tau.tp kerna ana jd cikgu yg teruk, ana memberi jwpn kpd anak2 murid ana,hmpir semua subjek.hehehe.bukan ana nak kasi sgt pun, diorg yg tya, ana kan cikgu yg baik.ehehehh.ana tolong la…tp ana tak bagi jwpn terus la, klu aje…
Alhamdulillah…anak2 murid ana untuk 2 kelas pandai ramai yg dapat A, hasil 3 kali semakan yg ana uat.bayangkan 3 kali semak, punya la nak bg mereka dpt A.(jgn pengetua tahu rahsia ni dah la).bg ana, jika mampu ana tlg, ana tlg..semoga mereka lbh bersemangat nak jwb exm betul.amin.
Hari terakhir ana di sekolah memg sedih, ye lah nak tinggalkan anak-anak murid ana yg ana syg…
Kepada semua anak-anak cikgu, semoga berjaya dalam exm PMR.semoga dapat menjawab dgn baik.cikgu doakan kalian semua berjaya.i love u all so much…

Selasa, 22 Julai 2008

Bermulanya di sini.

Terciptanya blog ketentuan Ilahi

Sudah lama sebenarnya ana ingin menghasilkan blog sendiri.Asyik baca blog orang je.Alhamdulillah dapat juga menghasilkan blog yang ntah pape ni dengan hasil search sendiri.nak minta kawan2 ajar diorang pun tak reti.so, ana buat sendiri.
Sebenarnya ana ni kuat jeles, jeles dengan kawan2 yang dah ada blog dan ana masih lagi di takuk lama.tidak tahu blog tu apa.bila ana buka internet je ana buka blog kawan2 ana seperti blog aidilkhalid, blog azriq, Zulfazlan, minggu penulis remaja (ni je yg ana tahu) dan lain-lain yang jarang ana buka.
Nak juga dikatakan ana ni buta sket IT.buka internet tahu YM, cari bahan assignment, buka friensdter je.hehehe…ini lah ana yg tak tahu apa2.
Alhamdulillah, dapat juga ana hasilkan blog sendiri walaupun blog yang nyah pape.harap pembaca dapat manfaat dari blog ana ini.
Selamat membaca